TIPS: KENALI BENTUK BADAN ANDA. ANDA DALAM KATEGORI YANG MANA?

Situasi:

Sebelum membeli pakaian: “Woww.. lawanya baju yang model tu pakai.. nampak slim gorgeous jer..nak beli jugak lah macam ni”

.

Selepas membeli pakaian: “Alaa, kenapa bila aku pakai nampak tak cantik…nampak besar pulak..nampak macam tak terletak je baju ni dengan badan aku.. hmm, sedihnya..huhu”

Terdapat 4 kategori bentuk badan wanita yang perlu anda ketahui. Antaranya ialah:

i) Bentuk Pear (atau segitiga)

ii) Bentuk Epal (atau segitiga terbalik)

iii) Bentuk Hourglass (atau jam pasir)

iv) Bentuk Pisang (atau segiempat sama/lurus)

BENTUK PEAR

Anda yang berbentuk pear, bahagian pinggul anda adalah lebih besar dari bahagian dada dan mempunyai pinggang yang berbentuk. Bahagian bahu dan dada yang kecil, manakala bahagian punggung atau peha yang lebih besar atau lebar. Anda mempunyai leher yang jinjang serta selari dengan bahu dan lengan yang kurus. Kebiasaannya anda terlebih dahulu akan meningkat berat di bahagian bawah iaitu dari kaki seterusnya ke perut dan bahagian atas badan. Pinggang anda adalah aset terbaik yang dimiliki oleh orang berbadan pear.

BENTUK EPAL

Anda yang berbentuk epal memiliki bahagian bahu atau dada yang lebih besar dan lebar. Manakala bahagian punggung atau peha adalah lebih kecil. Perbezaan antara epal dan segitiga terbalik adalah epal bahagian pinggang kurang terbentuk manakala segitiga terbalik ada kelihatan sedikit berlekuk di bahagian pinggangnya. Sebagai orang berbentuk segitiga, anda memiliki bahagian atas yang lebih besar. Anda mempunyai bahu yang lebar, dada yang luas dan bahagian belakang yang lebar. Pinggul anda adalah tipis dan bahagian bawah badan mungkin cenderung untuk lebih rata atau mendatar. Pinggang anda adalah halus dan anda mempunyai kecenderungan untuk pertambahan berat badan di bahagian perut dan atas badan. Kaki yang cantik dan berbentuk adalah aset anda yang berbadan epal.

BENTUK HOURGLASS

Boleh dikatakan bentuk yang sempurna atau ideal. Bahagian dada dan bahu sederhana lebar. Pinggang yang terbentuk dan punggung yang sederhana berisi. Anda sangat bertuah!! Anda yang mempunyai bentuk jam pasir adalah bentuk yang sangat diimpikan oleh semua orang. Dada dan pinggul anda adalah seimbang dan anda mempunyai pinggang berbentuk yang ditakrifkan indah. Anda mempunyai bahu yang bulat selaras dengan baik dengan bahagian pinggul anda.

Pinggang anda mempunyai lekuk jelas dan anggun ke bahagian pinggul anda. Anda kemungkinan besar mempunyai bahagian bawah yang bulat dan bahagian sisi yang indah sama seperti bahagian hadapan. Bahagian atas badan anda adalah berkadar selari dengan kepanjangan kaki anda yang indah terbentuk. Dari atas ke bawah, anda digambarkan sebagai seorang yang mempunyai keharmonian dan keseimbangan bentuk.

BENTUK PISANG

Ciri-ciri orang berbentuk pisang atau empat segi ialah bentuk ini kelihatan sama rata dari atas sehingga ke bahagian bawah seperti pisang. Lekuk pinggang kurang kelihatan, nampak lurus seperti pembaris. Anda merupakan antara bentuk yang paling biasa di kalangan wanita. Anda mempunyai bahagian pinggul dan dada yang seimbang, namun bahagian pinggang kurang terbentuk. Anda mempunyai bahagian bawah badan yang lebih rata daripada keseluruhan pusingan badan. Anda cenderung mendapat peningkatan berat di bahagian dalam badan (batang tubuh) terlebih dahulu kemudian barulah di bahagian peha dan lengan. Kaki anda lebih rendah sentiasa indah dan merupakan aset anda yang terbaik.

Anda tergolong dalam kategori yang mana? Kenali terlebih dahulu bentuk tubuh anda, kemudian sesuaikan dengan pakaian yang ingin anda gayakan. Pasti gaya anda akan lebih terserlah dan penampilan anda tampak lebih berkeyakinan.

Produk kami berasaskan fabrik bercetak yang didatangkan dengan pelbagai julat saiz XS, S, M, L, XL dan XXL, variasi corak dan kombinasi warna sesuai dengan trend semasaUntuk kepuasan anda, anda boleh datang terus ke butik kami di Shah alam, atau layari Facebook dan Instagram Color Blast Closet untuk sebarang info dan maklumat lanjut. Untuk sebarang pembelian, anda boleh lawati laman web kami www.colorblast.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published.