0% GST KINI BERMULA!

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia khususnya. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sebelum ini adalah pada kadar enam peratus dikurangkan sehingga kadar sifar (0%) bermula 1 Jun 2018, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Color Blast menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan 0% GST dalam setiap produk yang diniagakan. Bermula 18 Mei 2018, pihak Color Blast akan menyerap kadar GST dan semua pelanggan kami bebas membeli mana-mana produk tanpa dikenakan cukai GST. Gembira bukan tatkala mendengar berita ini?

 Memandangkan umat Islam kini sedang menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan dan tidak lama lagi bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri jadi, apa tunggu lagi. Inilah masa yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia untuk berbelanja raya tanpa rasa gusar dan terbeban dengan cukai GST!

Buat peminat setia Color Blast, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapakan koleksi Raya Series dari Color Blast dengan harga mampu milik bermula RM50 sahaja. Variasi baju kurung, kebaya dan jubah dengan corak dan potongan yang cukup menggoda serta material terbaik pastinya membuatkan anda tidak ralat mengeluarkan setiap sen untuk membeli belah di Color Blast.

Untuk sebarang pembelian, anda boleh layari laman web kami www.colorblast.my atau datang terus ke butik kami di Alam Avenue 1, Shah Alam. Selamat menyambut Ramadan Kareem dari kami Color Blast!

Leave a Reply

Your email address will not be published.