Motif atau corak tertentu sememangnya lebih menarik dan dapat menyerlahkan penampilan kita. Ia kelihatan lebih menarik berbanding menggayakan fesyen yang polos. Di samping itu, menggunakan pakaian dengan motif-motif tertentu juga dapat membuat penampilan kita kelihatan lebih berkarakter. Seiring dengan perkembangan dunia fesyen, maka semakin banyak pula motif-motif yang dilihat menjadi “Trend-Setter” dalam dunia fesyen hari ini.
Motif Haiwan
Motif haiwan merupakan motif pattern yang sedang digilai oleh para fashionista atau pecinta fesyen. Salah satu motif “animal print” yang sangat terkenal dan seringkali dipakai adalah motif “leopard”. Jika anda berani untuk mencubanya, anda harus tahu batas penggunaannya kerana jika berlebihan, motif ini akan membuat penampilan kamu terlalu “menjolok” dalam berfesyen atau anda akan menjadi mangsa fesyen. Sebaiknya elakkan daripada menggunakan lebih daripada 2 aksesori dengan motif “leopard”.
Motif Striped
Bagi kamu yang memiliki bentuk tubuh yang ideal, baju bermotif striped atau garis-garis boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan yang paling tepat. Jika anda memiliki bentuh tubuh yang gemuk, gayakanlah motif striped vertikal atau garis lurus ke bawah, untuk memberikan kesan lebih ramping dan tinggi pada tubuh anda. Manakala, untuk yang anda yang bertubuh kurus, baju dengan motif striped horizontal atau garis lurus ke samping akan menambahkan kesan lebih berisi pada tubuh kamu.
Motif Tribal
Bagi anda yang pernah belajar mengenai kebudayaan suku-suku di dunia seperti Afrika, Indian, hingga suku Dayak di Kalimantan, tentunya sudah tidak asing lagi dengan motif tribal. Motif ini sememangnya menjadi ciri khas dari suku-suku tertentu dan seringkali digunakan dalam aktiviti seharian mahupun upacara-upacara adat mereka. Sebenarnya motif tribal sudah pernah menjadi trend di era 80-an, kembali dan mulai dikenali di dunia fesyen hari ini. Motif dengan ciri khas kombinasi garis-garis dengan berbagai warna yang menarik ini sangat sesuai bagi anda yang ingin tampil berbeza dan suka menjadi tarikan.
Motif Batik
Selain itu, tentunya kita tidak boleh melupakan motif tradisional. Batik sememangnya semakin digilai oleh para pencinta fesyen, bukan hanya di Malaysia, atau serantau bahkan di seluruh dunia. Designer kelas dunia seperti Dries Van Noten juga telah menggunakan motif batik untuk membuat koleksi pakaian Spring/Summer yang dipamerkan pada Paris Fashion Week 2014. Selain itu, designer terkenal asal Amerika, Nicole Miller, yang mengeluarkan koleksi Resort Collection 2009 yang mengetengahkan motif batik dalam koleksi terbaru beliau. Banyak corak batik yang menjadi pilihan bergantung dari mana asalnya, sehingga anda bebas untuk memilih corak yang disukai dan sesuai dengan karakter anda.
Motif Tartan
Tartan adalah motif yang terdiri dari gambar kotak-kotak yang saling silang, horizontal mahupun vertikal yang mampu membuat penampilan anda akan lebih dinamik. Motif tartan ini juga termasuk dalam salah satu corak yang tidak akan hilang ditelan zaman dan sudah terbukti mampu bertahan di kalangan motif-motif baru di dunia fesyen. Motif tartan yang cenderung bersifat dinamis ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai acara dan musim, mulai dari musim panas hingga musim dingin, dan juga digunakan oleh pelbagai kalangan dan peringkat usia, baik pencinta street fashion mahupun high fashion.
Motif Floral
Bagi anda yang suka dengan penampilan feminin namun tidak ingin kelihatan terlalu berusia, pakaian dan aksesori floral merupakan pilihan yang tepat. Motif bunga ini akan membuat kamu terlihat lebih “fresh” dan bersemangat, tidak hairanlah jika motif ini selalu digayakan oleh golongan muda. Sekiranya anda menggunakan baju polos, tambahkan aksesori seperti skaf bermotif floral begitu juga sebaliknya tentunya akan membuat penampilan anda jadi lebih menarik. Untuk warna dan saiz motif floral ini pula, anda bebas untuk memilih warna dan saiz yang sesuai. Selain itu, sama ada motif bunga-bunga kecil, ataupun bunga-bunga besar anda tidak perlu merasa takut penampilan anda akan kelihatan berlebihan jika memilih warna yang terang dan motif floral yang besar.
Produk kami berasaskan fabrik bercetak yang didatangkan dengan pelbagai julat saiz XS, S, M, L, XL dan XXL, variasi corak dan kombinasi warna sesuai dengan trend semasa. Untuk kepuasan anda, anda boleh datang terus ke butik kami di Shah Alam, atau layari Facebook dan Instagram Color Blast Closet untuk sebarang info dan maklumat lanjut. Untuk sebarang pembelian, anda boleh lawati laman web kami www.colorblast.my.
Lawa2.. bila nk release mOtif2 d’atas yer?.. sya salah sOrg penggemar bju2 dr cOlOur blast.. puashati dgn kemasan jhitan.. cOrak & warna2 pOn menarik.. lOve it ??
Terima kasih kerana menjadi peminat setia Color Blast. Tunggu InsyaAllah mungkin akan dikeluarkan dalam keluaran-keluaran akan datang 🙂