TAMPIL CANTIK DAN ANGGUN MENJELANG LEBARAN

Sambutan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi pastinya membuatkan anda semua tidak sabar-sabar untuk meraikannya. Kemeriahan dan keterujaan dalam setiap individu itu kita dapat rasa sejak hari pertama Ramadan lagi. Dalam kesibukan menyiapkan segala persiapan menyambut Lebaran, pelbagai aspek perlu diambil kira dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Barulah ‘raya’ kan? Jadi, di sini kita akan kongsikan tips untuk tampil cantik dan bergaya menjelang Hari Raya yang bakal berkunjung tiba dalam masa 2 minggu sahaja lagi!

PENJAGAAN WAJAH

(sumber foto: pinterest)

Setiap wanita pastinya inginkan wajah yang cantik dan berseri. Ada dalam kalangan mereka yang risau kerana wajah tidak berseri, berminyak dan banyak white heads serta black heads di wajah. Jadi, apa kata anda pergi ke spa dan lakukan rawatan facial untuk kembalikan seri wajah anda. Untuk lebih menjimatkan, anda juga boleh melakukan sendiri di rumah dengan cara alami dan petua tradisional turun temurun. Lakukan sekarang kerana Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi. Pastinya wajah anda kembali segar dan berseri!

 

RAMBUT SIHAT BERMAYA

(sumber foto: pinterest)

Selain wajah, mahkota wanita yang satu ini juga perlulah dijaga sebaiknya. Bukan sahaja wajah, malah rambut juga harus diberikan perhatian.  Jadi, pastikan anda melabur sedikit wang agar rambut kekal cantik dan sihat dengan memanjakan rambut serta kulit kepala anda di salun atau lakukan sendiri di rumah anda!

 

SENYUMAN MANIS ANDA

(sumber foto: pinterest)

Kembalikan senyuman manis kamu. Pastikan gigi kamu bersih dan bebas bakteria, pastinya hari Raya nanti, kamu akan sibuk bergosip dan bercerita panjang bersama teman-teman kan? Jangan sampai nafas berbau, malu!

 

SOLEKAN CANTIK DAN MANIS

(sumber foto: pinterest)

Pastinya anda dah mula fikir gaya solekan apa yang mahu digayakan pada hari Lebaran nanti bukan?  Apa lagi, inilah masanya yang paling tepat untuk anda kemas kini meja solek, dan lihat apa yang boleh anda guna untuk cipta look yang diinginkan. Mungkin juga anda perlu shopping, namun janganlah membazir. Waktu-waktu ini mungkin kamu sudah boleh mula practice untuk mencapai gaya solekan yang kamu inginkan. Apa kata anda pilih palet rona-rona rosegold atau earth tone untuk tampil elegan di pagi Raya nanti.

 

MINUM BANYAK AIR DAN VITAMIN

(sumber foto: pinterest)

Walaupun berpuasa, amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan perbanyakkan pengambilan air putih. Seeloknya ambil sebanyak 2 liter sehari kerana ia sebenarnya dapat membantu menyahkan toksin dalam badan dan ia akan membuatkan kulit lebih sihat.Amalkan tip ini dan lihat bagaimana ia memberi kesan kepada kulit serta tubuh badan kamu pada Hari Raya pertama nanti. Jom cuba sekarang!

 

TAMPIL PENUH BERGAYA DENGAN KOLEKSI COLOR BLAST

Akhir sekali, untuk tampil penuh bergaya, jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki koleksi Color Blast untuk digayakan pada Hari Raya nanti. Untuk pelbagai pilihan yang lain, anda boleh lawati laman web kami www.colorblast.my atau datang terus ke Butik Color Blast di Alam Avenue 1, Shah Alam dari jam 8 pagi hingga 11 malam sepanjang bulan Ramadan ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.