[ NEW DESIGN IN THE HOUSE…!!!]: SOFISTIKATED PALOMA KURUNG MODEN

Wanita seringkali dianggap sebagai icon fashionista. Gaya feminine menunjukkan sisi kecantikan seorang wanita. Buat wanita yang seringkali menggayakan rekaan baju kurung untuk sebarang acara sama ada ke pejabat ataupun ke kampus, rekaan terkini Paloma Kurung ini sememangnya dinanti-nantikan untuk golongan Hawa di luar sana.

Continue reading “[ NEW DESIGN IN THE HOUSE…!!!]: SOFISTIKATED PALOMA KURUNG MODEN”

[#CBCprihatin]: Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima…

Program CSR atau khidmat masyarakat adalah bertujuan meringankan bebanan, memberi manfaat dan kesejahteraan buat golongan yang memerlukan. Aktiviti seperti ini amat digalakkan untuk dilakukan secara berkumpulan dan berkala bagi memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima. Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga Color Blast sendiri.

Continue reading “[#CBCprihatin]: Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima…”

[ RAYA SPECIAL]: OPEN HOUSE SANA-SINI TAPI NAK MELARAM TAK ADA BAJU LAA PULAK…

DAPAT BANYAK JEMPUTAN OPEN HOUSE. NAK PERGI OPEN HOUSE TAPI BAJU SEMUA DAH PAKAI?

.

.

Alahaii.. baju raya warna kuning tu dah pakai minggu lepas. Baju raya biru pulak baru jer pakai open house office semalam. Baju raya pink pulak dah pakai jugak, sebab pergi kenduri 2 hari lepas. Macam mana nie??? Huhu….


Continue reading “[ RAYA SPECIAL]: OPEN HOUSE SANA-SINI TAPI NAK MELARAM TAK ADA BAJU LAA PULAK…”

[ PROGRAM CSR ]: Projek #DariHati dan #Kosong-Kosong buat yang memerlukan…

Tiada nikmat yang paling membahagiakan dan menggembirakan bagi mereka yang berkemampuan selain dapat berkongsi rezeki yang diperoleh bersama-sama golongan yang lebih memerlukan.

Ini kerana, dalam agama Islam sendiri telah tertulis bahawa dalam setiap rezeki yang diperoleh terselit bahagian mereka yang memerlukan dan barang siapa yang berkongsi, maka mereka memperoleh ketenangan dan rezeki melimpah ruah.

Continue reading “[ PROGRAM CSR ]: Projek #DariHati dan #Kosong-Kosong buat yang memerlukan…”

[5 Alasan Kenapa Perlu Shopping Raya] : Dah nama pun Hari Raya, mestilah kena shopping!

Kalau dah nama pun raya, sudah menjadi lumrah rakyat Malaysia untuk berbelanja sakan menjelang Hari Raya. Bermula daripada baju, ke perabot, sehinggalah ke kereta, kalau boleh semua benda nak tukar baru. Barulah Raya! Malah, musim perayaan juga merupakan masa yang terbaik untuk shopping atau membeli-belah. Color Blast senaraikan 5 alasan kenapa anda perlu shopping raya.

Continue reading “[5 Alasan Kenapa Perlu Shopping Raya] : Dah nama pun Hari Raya, mestilah kena shopping!”

NEWS: Kongsikan Kreativiti Anda Bersama Kami!

Pada minggu ini, pihak CBC telah melancarkan satu pertandingan ringkas iaitu “Flatlays Photo”. Anda hanya perlu kongsikan gambar “flatlays” kreatif anda berserta koleksi CBC di Instagram, kemudian kami akan pilih secara rawak pemenang yang bertuah.

Anda hanya perlu ikuti tiga langkah mudah di bawah:

  • Ambil gambar kreatif koleksi CBC anda dengan gaya “flatlays”
  • Kongsikan ke Instagram menggunakan hashtag berikut #cbcflatlay
  • Jangan lupa sertakan ‘caption’ yang menarik dan mention @colorblastcloset untuk notifikasi.

[TEASER]: BAJU RAYA COLOR BLAST DAH READY, UOLSS DAH READY KE …

[TEASER]: BAJU RAYA COLOR BLAST DAH READY, UOLSS DAH READY KE BELUM???

.
.
Design yg dihasilkan kali nie penuh dgn KASIH SAYANG, KETERUJAAN dan gaya yg lebih GLAMOUR & MENAWAN di hari Lebaran nanti!
.
.
Tungguuu…..

INSPIRASI FLORAL DALAM REKAAN

Dalam dunia fesyen pelbagai rekaan dan corak yang dihasilkan untuk mempercantikan penampilan kain dan salah satunya adalah motif flora. Corak motif flora ini banyak diaplikasikan pada pakaian dan aksesori wanita. Flora merupakan salah satu motif kain yang berhiaskan tumbuhan atau bunga-bunga. Pakaian dengan motif bunga-bunga masih menjadi trend tahun 2017 dan ini bermakna motif flora ini tetap mendapat tempat di hati  para wanita untuk penampilan mereka. Motif flora memang serasi digayakan oleh para wanita kerana menampakkan lebih feminin dan menarik.

Continue reading “INSPIRASI FLORAL DALAM REKAAN”

(INSPIRASI): 7 HADIAH ISTIMEWA BUAT WANITA!

Wanita merupakan ciptaan yang terindah. Selalunya, kejutan dengan hadiah istimewa dan tidak dijangka pastinya mampu membahagiakan pasangan. Walaupun istilah bahagia itu terlalu subjektif, namun fitrah semula jadi manusia gemarkan kepada sesuatu yang bernilai dan mendatangkan kegembiraan. Pada saat itu, si penerima pasti akan rasa cukup teruja dan gembira. Senyuman pasti tidak lekang di bibir tanda hati berbunga bahagia. Ada pelbagai kejutan yang boleh diberikan antaranya:

Kasut

Menyedari kecantikan seorang wanita turut dipengaruhi sepatu yang digayakan, apa kata anda hadiahkan sepasang kasut untuk pasangan anda. Anda boleh mengajaknya keluar makan bersama lantas membawanya ke butik kasut pilihannya. Pasti si dia tersenyum menerima pemberian kasut daripada anda.

Bunga

Wanita tidak dapat dipisahkan dengan bunga. Bukan sejambak, seberkas atau sebakul, tetapi dengan hanya sekuntum bunga sudah menggambarkan harapan dan impian bagi jalinan perhubungan yang berpanjangan. Jika tidak mahu memberikan secara bersemuka anda boleh meminta sesiapa menghantarkannya ke pejabat atau rumah. Layangkan juga sekeping kad dengan ucapan romantik.

Gajet

Pada zaman teknologi ini memberikan hadiah telefon pintar idaman si dia adalah kejutan paling bermakna. Tambah lagi apabila diberikan pada hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan. Pasti hubungan menjadi lebih bermakna dan kasih sayang semakin bercambah kerana anda sangat menghargainya.

Barang perhiasan

Wanita tidak dapat lari daripada perhiasan seperti cincin, kalung dan gelang berasaskan emas, berlian atau perak. Sedar atau tidak perhiasan yang dipakai wanita akan menjadi daya penarik dan pelengkap kecantikan mereka. Tetapi, pastikan perhiasan hanya diberi pada hari tertentu agar ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Beg tangan atau dompet

Siapa yang tidak gembira apabila menerima beg tangan atau dompet sebaik bangun tidur. Hadiah beg tangan dengan jenama dan warna kesukaan sudah pasti membuatkan si dia begitu menghargai dan membawanya ke mana saja. Paling manis apabila dia menceritakan pemberian beg tangan daripada suami kepada rakan-rakannya.

Kotak muzik

Walaupun ia dianggap ‘hadiah klasik’ namun masih ramai wanita menghargai pemberian kotak muzik kerana ia sangat bernilai dan mempunyai sentuhan sentimental. Variasi pelbagai jenis muzik daripada perlahan sehingga rancak menjadi pengikat kasih sayang anda berdua. Pasti banyak kenangan mengusik jiwa muncul semula.

Pakaian

Pakaian antara hadiah kejutan yang boleh membuatkan si dia berasa bahagia. Pasangan akan merasakan yang anda begitu mengambil berat mengenai dirinya sehinggakan tahu ukuran gaun atau jubah yang dipakai. Anda boleh memberikan hadiah dan terus mempelawanya menghadiri acara makan malam bersama.

Walau apapun hadiah kejutan yang diberikan kepada pasangan, sama ada mahal atau murah, seharusnya anda bersyukur dan berterima kasih buat pemberi. Harga adalah perkara kedua. Kita tidak tahu betapa sukarnya pasangan mendapatkan hadiah itu semata-mata menggembirakan hari anda. Jadi hargailah pemberiannya dengan sepenuh jiwa.

Sempena bulan Mei ini kami ingin memberikan sesuatu yang cukup istimewa buat insan yang bergelar wanita dan juga pendidik sempena Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal diraikan tidak lama lagi. Sah bermula 1 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017. Jangan lepaskan peluang ini!