Wanita seringkali dianggap sebagai icon fashionista. Gaya feminine menunjukkan sisi kecantikan seorang wanita. Buat wanita yang seringkali menggayakan rekaan baju kurung untuk sebarang acara sama ada ke pejabat ataupun ke kampus, rekaan terkini Paloma Kurung ini sememangnya dinanti-nantikan untuk golongan Hawa di luar sana.
Rekaan terkini Paloma Kurung yang mengetengahkan rekaan sofistikated dengan perincian memukau di bahagian bawah lengan dan baju memberikan suntikan moden dan klasik dalam penataan gayanya. Ringkas namun cukup mempersona bagi melengkapkan lagi sisi feminin si gadis jelita.
Di samping itu, bagi golongan Hawa di luar sana yang sentiasa dahagakan fesyen terkini mengikut trend semasa 2017 rekaan Paloma Kurung ini merupakan satu fenomena baru dalam rekaan baju kurung moden.
Menariknya, anda akan dapat Paloma Kurung ini dengan harga serendah RM75 sahaja dengan melawati laman web www.colorblast.my. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkannya sebelum stok kehabisan.