[#CBCprihatin]: Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima…

Program CSR atau khidmat masyarakat adalah bertujuan meringankan bebanan, memberi manfaat dan kesejahteraan buat golongan yang memerlukan. Aktiviti seperti ini amat digalakkan untuk dilakukan secara berkumpulan dan berkala bagi memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima. Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga Color Blast sendiri.

Pada 23 Julai 2017 yang lepas, Team CSR Color Blast bersama-sama dengan Dapur Jalanan Kuala Lumpur telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat untuk golongan gelandangan di sekitar kawasan Jalan Panggung, Kuala Lumpur. Hampir 150 orang gelandangan yang hadir menerima sumbangan daripada Team CSR Color Blast berupa makanan dan goodies.

            Program khidmat masyarakat seperti ini diharapkan dapat memupuk perasaaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti dan persekitaran, mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan amalan sivik dalam diri setiap individu, membentuk keperibadian dan memahami konsep bekerjasama dalam satu komuniti tanpa mengira batasan agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi di samping dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan sikap saling membantu golongan yang memerlukan.

            Sepanjang tempoh aktiviti ini dijalankan, Team CSR Color Blast dapat melihat pelbagai kategori masyarakat di mana golongan seperti ini perlu dibantu dan diberikan kemudahan yang lebih baik oleh pihak berkuasa. Keadaan ekonomi dan taraf hidup masyarakat  yang semakin meningkat hari ini menyebabkan golongan ini terpaksa hidup bergelandangan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sehari-harian.

            Jadi, untuk anda di luar sana yang berminat untuk menyalurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan, barangan, kesukarelawan dan sebagainya adalah amat digalakkan dan anda juga boleh terus berhubung dengan Team Dapur Jalanan Kuala Lumpur kerana mereka merupakan badan yang sukarelawan yang acapkali melaksanakan program-program berbentuk khidmat masyarakat seperti ini.

            Ayuh, bersama-ssama kita terapkan nilai murni di samping menyuntik kesedaran kepada seluruh warganegara Malaysia khususnya bahawa golongan gelandangan ini perlu dibantu bagi meringankan bebanan mereka dalam menyelusuri arus kemodenan dunia hari ini. Sesungguhnya, tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima. Kami sudah, anda bagaimana?

#CBCprihatin

Leave a Reply

Your email address will not be published.