Tiada nikmat yang paling membahagiakan dan menggembirakan bagi mereka yang berkemampuan selain dapat berkongsi rezeki yang diperoleh bersama-sama golongan yang lebih memerlukan.
Ini kerana, dalam agama Islam sendiri telah tertulis bahawa dalam setiap rezeki yang diperoleh terselit bahagian mereka yang memerlukan dan barang siapa yang berkongsi, maka mereka memperoleh ketenangan dan rezeki melimpah ruah.
Sempena bulan Ramadan ini, Color Blast Sdn Bhd tidak melepaskan peluang untuk turut bersama-sama menyahut seruan Team Astro Kasih untuk berkongsi momen bahagia buat mereka yang memerlukan di luar sana.
Color Blast juga memfokuskan golongan yang memerlukan, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan oleh Color Blast diharapkan sedikit sebanyak dapat berkongsi kegembiraan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Color Blast percaya, melalui kerja-kerja kebajikan yang dijalankan itu sekali gus dapat membantu melahirkan rasa syukur dengan apa yang diperoleh dan terus menyediakan produk-produk terbaik buat pelanggan.
Bagi permulaan, program CSR yang dilakukan oleh Color Blast lebih tertumpu kepada sumbangan baju raya sebanyak 250 pasang istimewa untuk golongan yang memerlukan dengan kerjasama Team Astro Kasih bersempena dengan Projek #DariHati dan #KosongKosong. Legasi syarikat dan program CSR yang telah dimulakan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Ayuh semua, anda juga boleh salurkan sumbangan baju raya kepada Team Astro Kasih untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Jom kita kongsi Projek #DariHati dan #KosongKosong ini biar kita semua sama-sama dapat merasai keindahan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
#CBCprihatin