[5 TIPS UNTUK PLUS SIZE]: Tampil Langsing Penuh Bergaya…

Memilih busana yang sesuai untuk anda yang bertubuh plus size selalunya agak sukar. Kebiasaannya pakaian yang dipakai akan nampak ketat sehingga menonjolkan lemak-lemak yang berlebihan di bahagian tubuh. Sementara itu, jika pakaian itu terlalu longgar, tubuh anda akan kelihatan lebih besar berbanding saiz asal. Jadi untuk mengatasinya, wanita yang memiliki tubuh plus size perlulah meneliti serta memilih material yang terbaik, potongan yang sesuai serta motif busana yang tepat untuk memberikan ilusi lebih langsing dalam menggayakan sesuatu rekaan. Namun, anda dinasihatkan supaya tidak terlalu takut untuk bermain dengan fesyen untuk tampil lebih cantik dan menawan. Semak 5 tips yang sesuai untuk anda yang memiliki tubuh plus size ini.

Pemilihan Material Yang Sesuai

Menurut Yuky Stephanie, seorang designer yang terkenal dengan rekaan busana khusus plus size, pemilihan material yang tepat adalah sangat penting. Hal ini kerana, terdapat sesetengah material yang akan membuatkan anda kelihatan lebih besar berbanding saiz sebenar. Menurut kajian yang dilakukan, kebanyakan wanita yang bersaiz besar lebih cenderung untuk kerap berpeluh, jadi sebaiknya carilah busana dengan material yang ringan dan menyerap peluh seperti material crepe. Elakkan memakai material yang berkilat kerana ia akan membuatkan tubuh anda kelihatan lebih besar dan lebar.

Motif Polkadot dan Garis

Kebanyakan wanita yang bertubuh besar menghindari motif-motif seperti polkadot atau garis. Sebenarnya anda tidak perlu takut untuk mengenakan busana seperti ini asalkan bijak dalam penggayaan dan pemilihannya. Carilah pakaian dengan motif polkadot, garis, atau bunga yang tidak terlalu besar. Motif yang besar akan membentuk ilusi tubuh anda tampak semakin lebar. Jika anda masih khuatir akan kelihatan lebih gemuk, pilihlah pakaian bermotif bunga kecil ataupun corak bergaris ke bawah dengan tone gelap yang lebih dominan.

Suai Padan Yang Tepat

Sekiranya anda sudah memakai memakai top yang longgar, sebaiknya pilihlah seluar atau celana yang mengecil di bahagian bawah. Bagi wanita yang bertubuh besar, hal ini akan membuatkan penampilan anda dilihat lebih seimbang. Elakkan bergaya denganĀ top dan celana atau skirt yang sama-sama longgar atau sama-sama ketat kerana anda akan nampak semakin lebar atau semakin kurus.

Menyamarkan Perut, Paha dan Pinggul

Bagi wanita yang ingin menutupi perut atau paha yang besar, anda haruslah bergaya dengan dress dengan potongan A-line ataupun princess cut seperti Adelia Dress. Untuk pinggul yang lebih ramping, sebaiknya anda haruslah menggayakan sebarang busana yang mempunyai potongan princess cut atau corak/aksesori yang sesuai di bahagian pinggang untuk menyamarkan bahagian perut anda yang kelihatan menonjol.

Buat Tempahan Dengan Ukuran Yang Sesuai

Buat anda yang tidak menemui busana yang sesuai di pasaran, apa kata anda tempah sendiri dengan tailor yang sesuai. Pastikan busana anda nanti dijahit dengan double stiching dan anda haruslah memilih jenis material dan motif yang sesuai untuk saiz tubuh anda.

Namun, jika anda buntu anda boleh lawati laman web Color Blast: www.colorblast.my atau lihat menerusi Facebook Color Blast : https://www.facebook.com/ColorBlastCloset/posts/1689748427765891

kerana terdapat tawaran harga yang cukup menarik di samping rekaan yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.