[TIPS COLOR BLAST]: 9 cara untuk atasi stress di tempat kerja!

Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat kembali, berapa ramai orang yang anda temui mengatakan bahawa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya? Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, ia akan memberikan impak yang negatif kepada kesihatan. Jika kita tidak berusaha untuk mengawalnya, lama kelamaan kadar stress yang tinggi akan menyebabkan anda tidak bersemangat untuk ke tempat kerja.

MENDENGAR MUZIK

Pelbagai variasi muzik dapat meninggalkan kesan dan pengaruh yang berbeza buat pendengarnya. Muzik dapat membuatkan seseorang merasa santai, sedih, tertawa, bahagia, ceria serta dapat memberikan ilham dalam menghasilkan karya yang baik bagi seseorang. Muzik juga baik untuk kesihatan jantung. Walaupun muzik bukanlah dapat memperbaiki masalah jantung secara keseluruhannya, setidaknya muzik dapat membantu dalam menghilangkan stress dan menghiburkan hati pendengarnya.

KENALPASTI MASALAH

Cara yang terbaik untuk menghilangkan stress adalah dengan mengenalpasti penyebab utama stress anda, dan anda perlulah mencari jalan bagi menangani penyebab tersebut. Anda perlulah muhasabah diri dan cari jalan penyelesaian agar masalah anda tidak akan bertambah hingga menyebabkan anda berasa malas dan tidak bersemangat untuk memberikan yang terbaik dalam kerja anda.

BERSUKAN / BEROLAHRAGA

Sukan mahupun olahraga merupakan salah satu cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan stress. Selain melupakan sejenak masalah yang sedang dialami, ketika bersukan ataupun berolahraga badan kita akan merembeskan hormon endorfin yang akan menimbulkan rasa bahagia. Melakukan aktiviti bersukan mahupun olahraga secara rutin dapat melatih tubuh untuk merespon stress dengan lebih baik dalam hal perubahan fungsi dan fisiologi tubuh.

MENGURUT

Aktiviti mengurut ataupun body massage juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu. Mengurut bukan sahaja mampu mengurangkan hormon stress malah urutan juga dapat meningkatkan kadar serotonin dan dopamin yang akan membantu mengurangkan tekanan malah mencipta satu rasa tenang dan nyaman.

MINUM BANYAK AIR

Air putih dapat membantu mengeluarkan toksin yang berkumpul dari dalam tubuh iaitu usus dan ginjal melalui urin, jadi metabolisme organ tubuh kita akan menjadi semakin baik. Air putih juga membantu otak bekerja dengan maksimal. Faktanya, otak manusia mengeluarkan energi listrik di mana air putih dapat membuat fungsi listrik ini menjadi lebih optimal. Proses mengurangkan stress dapat dilakukan secara tidak langsung.

YOGA

Yoga juga dapat membantu menghilangkan tekanan kerana kita akan merasa lebih tenang dan darah dapat mengalir dengan lebih baik melalui gerakan yang dilakukan. Yoga juga memberikan pendekatan pada fikiran yang sangat efektif untuk mengurangi kesan stress di tempat kerja. Aktiviti Yoga ini dapat membantu memfokuskan kepada kekuatan, fleksibiliti serta pernafasan untuk meningkatkan kualiti mental dan fizikal pengamalnya.

CARA BERFIKIR YANG POSITIF

Berfikiran positif akan dapat membantu anda dalam menghilangkan stress yang anda hadapi. Jadi, bagi mengatasinya adalah dengan merencanakan perubahan besar dalam hidup anda dan memberikan diri anda banyak waktu untuk menyesuaikan diri dalam perubahan tersebut. Perubahan memang sangat diperlukan dalam hidup. Ini dapat memberikan ruang dan waktu yang sebaiknya agar anda dapat fokus dalam melaksanakan sesuatu perkara.

BERIADAH BERSAMA RAKAN DAN KELUARGA

Meluangkan masa dengan sahabat, keluarga mahupun insan tersayang dapat ‘mencairkan’ segala masalah dan tekanan yang anda hadapi. Ketawa, bercerita dan berkongsi kisah duka dan lara kita akan membuatkan kita merasa lebih baik dan masalah kita akan dapat dikawal sebaiknya. Kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama mereka dan ini akan dapat membantu kita melupakan segala masalah yang kita hadapi.

Selain itu, kita juga perlulah mengambil makanan yang sihat bagi memastikan kadar stress dapat ditangani sebaiknya. Majoriti penghidap stress memilih untuk makan tanpa sebarang had. Kecenderungan mengambil makanan yang berkalori tinggi serta tidak baik untuk kesihatan menyebabkan tahap kesihatan kita menjadi semakin buruk. Jadi, pemilihan makanan yang baik dan sihat seperti coklat, kacang gajus, oat, salad, teh hijau serta buah oren merupakan snek terbaik sekiranya anda mengalami stress yang berterusan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.