Bahang sambutan Hari Raya semakin terasa. Ramai di kalangan anda yang sudah mula membeli kelengkapan Hari Raya daripada busana indah sehinggalah kepada perhiasan rumah. Namun, kami percaya masih ada di luar sana yang masih belum menemui baju raya yang benar-benar berkenan di hati. Apa kata, minggu terakhir Ramadan ini pastikan anda mendapatkan baju raya yang paling cantik dengan harga mampu milik. Bak kata pepatah “alah membeli menang memakai”.
Tag: new collection
[RAYA OH RAYA]: Are you ready for Pre-Raya Collection?!!
Sambutan Hari Raya merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di Malaysia khususnya. Rata-rata rakyat Malaysia mula tercari-cari busana untuk Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Apa yang pasti, tahun 2018 pastinya menjanjikan sesuatu kelainan buat semua penggemar baju kurung, kebaya dan jubah.
Continue reading “[RAYA OH RAYA]: Are you ready for Pre-Raya Collection?!!”
Special SALE Sempena 200k Follower!
“Tq color blast ? skrg snang, x payah pening2 cari kain cantik, cari tailor yg sedap jahit, oder je kat color blast, sume design cantik, pakai sedap, harga berpatutan, jimat!!! ??” – Lynda Darling
.
“Kain memg owesome..walaupon hrga x mahal..tp tetap selesa.. siap promote kt kwn2..”- Maman Jaja
.
“Ya ampun…baru je pagi tadi grab 2 helai pagi tadi..dah update design baru..canttiikk lak tu…tension nyee..” – Juraidah Jumatin
[EIDUL ADHA SERIES]: EMANSIPASI WANITA, KARYA CINTA DAN PENGORBANAN.
Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Sempena sambutan Aidil Adha yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kempen editorial yang dibawakan ini dilakukan bagi menghargai dan memperingati kesucian makluk yang dijadikan korban. Buat golongan Hawa yang sentiasa ingin tampil penuh gaya di hari Lebaran nanti, Color Blast membawakan kelainan yang pastinya memukau setiap mata yang memandang.
Norah Pleated, dengan potongan yang cukup moden, diserikan dengan kemewahan fabrik yang berkualiti serta menjanjikan kelainan buat si pemakai. Gaya feminin si gadis dapat diserlahkan dengan rona lembut dan semulajadi yang cukup menggoda.
Hari Lebaran anda akan lebih dirasai dengan kemeriahan sambutan Aidil Adha yang cukup bermakna. Paloma Kurung dengan keunikan ruffle pada bahagian hujung lengan dan bawah baju melengkapkan lagi pesona cinta si dia.
Buat si gadis jelita yang inginkan penampilan yang tampak manja dan bersahaja di hari nan indah, Daisy Peplum mampu menyuntik 1001 elemen penuh ceria. Keindahan kombinasi warna dan corak pastinya meninggalkan momen cinta cukup bermakna.
Jangan lepaskan peluang anda untuk berhari raya penuh bergaya.Lawati laman web kami https://colorblast.my/ atau follow Instagram kami @colorblastcloset untuk melihat pelbagai pilihan yang mampu milik untuk Hari Lebaran anda nanti.