Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Sempena sambutan Aidil Adha yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kempen editorial yang dibawakan ini dilakukan bagi menghargai dan memperingati kesucian makluk yang dijadikan korban. Buat golongan Hawa yang sentiasa ingin tampil penuh gaya di hari Lebaran nanti, Color Blast membawakan kelainan yang pastinya memukau setiap mata yang memandang.
Norah Pleated, dengan potongan yang cukup moden, diserikan dengan kemewahan fabrik yang berkualiti serta menjanjikan kelainan buat si pemakai. Gaya feminin si gadis dapat diserlahkan dengan rona lembut dan semulajadi yang cukup menggoda.
Hari Lebaran anda akan lebih dirasai dengan kemeriahan sambutan Aidil Adha yang cukup bermakna. Paloma Kurung dengan keunikan ruffle pada bahagian hujung lengan dan bawah baju melengkapkan lagi pesona cinta si dia.
Buat si gadis jelita yang inginkan penampilan yang tampak manja dan bersahaja di hari nan indah, Daisy Peplum mampu menyuntik 1001 elemen penuh ceria. Keindahan kombinasi warna dan corak pastinya meninggalkan momen cinta cukup bermakna.
Jangan lepaskan peluang anda untuk berhari raya penuh bergaya.Lawati laman web kami https://colorblast.my/ atau follow Instagram kami @colorblastcloset untuk melihat pelbagai pilihan yang mampu milik untuk Hari Lebaran anda nanti.