Wanita dan fesyen sememangnya tidak dapat dipisahkan. Pemilihan rona nuansa yang sesuai mengikut warna kulit adalah sangat penting bagi memastikan anda tampil bergaya dan elegan untuk ke sebarang acara ataupun majlis. Kami dari Color Blast ingin berkongsi 5 tip yang tepat untuk membantu anda tampil lebih menawan.
1. Pilihan untuk warna kulit putih/cerah
Bagi anda yang mempunyai warna kulit putih/cerah, anda seorang yang sangat bertuah kerana anda memang sesuai menggunakan warna apa sekalipun, namun kalian akan kelihatan lebih menawan apabila kalian memilih warna-warna yang lembut seperti pastel. Warna-warna lembut seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih tenang dan menarik seperti peach, vanilla, putih, beige dan merah jambu.
2. Pilihan untuk warna kulit gelap
Buat anda yang mempunyai kulit gelap, sebaiknya kalian hindari warna-warna gelap seperti coklat gelap, hitam, magenta, turquoise, serta hijau lumut. Lebih baik anda memilih warna-warna busana yang lebih kontras dengan warna kulit anda seperti biru muda, kuning muda, atau sebarang warna yang mempunyai sifat yang cerah dengan tujuan mengimbangi warna kulit anda dengan busana yang anda gayakan.
3. Pilihan untuk warna kulit sawo matang
Sekiranya anda mempunyai kulit sawo matang, anda boleh memilih kombinasi warna yang terang dan gelap kerana kombinasi warna yang terang dan gelap mampu memberikan kesan yang elegan buat si pemakai. Pilihlah warna-warna seperti oren, beige dan biru navy. Namun begitu, hindari warna-warna seperti hijau olive, merah dan coklat gelap.
4. Pilihan untuk warna kulit kuning langsat
Untuk anda yang memiliki warna kulit kuning langsat sebaiknya pilihlah warna tropika seperti kuning, biru, jingga, oren dan merah kerana pemilihan warna-warna tropika seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih santai dan kasual berbanding memilih warna baju yang lain.
5. Pilihlah jenama Color Blast sebagai penata gaya anda!
Kami di Color Blast memberikan anda pelbagai pilihan warna dan corak yang menarik dan terkini sesuai untuk anda gayakan ke sebarang majlis dan aktiviti. Terdapat seleksi warna-warna menawan pastinya mengoda hati anda seperti kroma pastel, rona terang dan paling terkini warna-warna dusty yang cukup menarik untuk anda pilih terutamanya Suri Kurung, Adelia dan Daisy keluaran Color Blast.
Untuk kepuasan anda, anda boleh datang terus ke butik kami di Shah alam, atau layari Facebook dan Instagram Color Blast Closet untuk sebarang info dan maklumat lanjut. Untuk sebarang pembelian, anda boleh lawati laman web kami www.colorblast.my.