BIAS RONA PASTEL IBIZA: 3 Alasan Kenapa Wanita Menggemari Kroma Pastel

Tren kroma pastel untuk busana Muslimah masih belum surut dan masih mendapat tempat di hati peminat fesyen seantero dunia. Fesyen untuk rona sebegini dipelopori berdasarkan inspirasi warna pakaian Girl Band Korea serta koleksi Dian Pelangi yang pernah mencetuskan satu revolusi baru dalam dunia fesyen Muslimah sekitar tahun 2015 tidak lama dahulu. Kroma lembut pastel ini semakin mendapat tempat di hati peminat fesyen secara khususnya. Namun begitu, Color Blast mempunyai 3 alasan yang cukup kuat kenapa kroma lembut pastel namun “semakin hangat” ini masih lagi mendapat perhatian wanita seluruh dunia.

1. Memberikan kesan tenang dan lembut buat si pemakai

Golongan Hawa seperti yang kita sedia maklum sememangnya fitrahnya lemah-lembut dan mempunyai nilai sopan-santun yang tinggi. Jadi, rona-rona pastel ini pastinya dapat dibuktikan dan secara tidak langsung mewakili golongan Hawa ini secara fizikalnya. Kesan tenang ini pastinya membuatkan anda cukup yakin dalam menjaga penampilan anda yang manis itu.

2. Mudah digayakan dengan warna yang lain

Sebagai seorang wanita yang amat menitikberatkan soal penampilan dan fesyen, kami dari Color Blast faham benar betapa sukarnya anda untuk menggabungkan warna yang sesuai untuk setiap pakaian yang anda pakai sama ada untuk sebarang majlis ataupun aktiviti seharian. Namun, rona pastel yang ternyata cantik ini pastinya memudahkan anda untuk memilih pakaian yang sesuai seperti kombinasi rona pastel untuk pakaian dengan rona pastel untuk tudung mahupun rona pastel untuk pakaian dengan rona terang/gelap untuk seluar. Paduan yang menarik ini pastinya akan meninggalkan kesan elegan buat si pemakai.

3. Anggun saat dipakai

Rona-rona pastel ini juga mampu memberikan kesan anggun buat pemakainya. Namun, perlulah diingatkan bahawa terdapat segelintir golongan wanita yang tidak sesuai untuk menggayakannya terutamanya buat mereka yang memiliki warna kulit gelap. Tetapi, sekiranya anda seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak salah untuk anda mencubanya!

Jadi, kami di Color Blast sentiasa cuba untuk memahami serta ingin berikan yang terbaik buat anda dengan variasi pilihan seperti Suri Kurung, Adelia, Teejah dan Daisy keluaran Color Blast. Untuk kepuasan anda, anda boleh datang terus ke butik kami di Shah alam, atau layari Facebook dan Instagram Color Blast Closet untuk sebarang info dan maklumat lanjut. Untuk sebarang pembelian, anda boleh lawati laman web kami www.colorblast.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.