[MEGA CLEARANCE SALE]: Semua item berharga RM50 sahaja!

OHMAIGADDD…!!! 2017 MEGA CLEARANCE SALE SEDANG BERLANGSUNG DI COLOR BLAST…ADE LEBIH 11,000 PASANG DESIGN2 BARU UNTUK DIHABISKAN SEMENTARA STOCK MASIH ADA.. YAAA SEMUA ITEM RM50 SAHAJA…!!!
.
.
.
“YAA AMPUN! BUAT HAL BETULLAH COLOR BLAST NIE… KALAU SEMUA HARGA RM50, TERPAKSALAH SIS JALANKAN MODUS OPERANDI NIPISKAN DOMPET EN SHUBEN LAGI KALINI.. HIHIHI”

Continue reading “[MEGA CLEARANCE SALE]: Semua item berharga RM50 sahaja!”

[MERDEKA SALE]: JIMAT SEHINGGA 30%!!!

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun serta Hari Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi, Color Blast Closet sekali lagi mahu membuka peluang keemasan buat semua untuk membeli-belah demi memberi ganjaran kepada diri sendiri sambil menyambut hari yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia.

Continue reading “[MERDEKA SALE]: JIMAT SEHINGGA 30%!!!”

NEWS: Kongsikan Kreativiti Anda Bersama Kami!

Pada minggu ini, pihak CBC telah melancarkan satu pertandingan ringkas iaitu “Flatlays Photo”. Anda hanya perlu kongsikan gambar “flatlays” kreatif anda berserta koleksi CBC di Instagram, kemudian kami akan pilih secara rawak pemenang yang bertuah.

Anda hanya perlu ikuti tiga langkah mudah di bawah:

  • Ambil gambar kreatif koleksi CBC anda dengan gaya “flatlays”
  • Kongsikan ke Instagram menggunakan hashtag berikut #cbcflatlay
  • Jangan lupa sertakan ‘caption’ yang menarik dan mention @colorblastcloset untuk notifikasi.

(INSPIRASI): 7 HADIAH ISTIMEWA BUAT WANITA!

Wanita merupakan ciptaan yang terindah. Selalunya, kejutan dengan hadiah istimewa dan tidak dijangka pastinya mampu membahagiakan pasangan. Walaupun istilah bahagia itu terlalu subjektif, namun fitrah semula jadi manusia gemarkan kepada sesuatu yang bernilai dan mendatangkan kegembiraan. Pada saat itu, si penerima pasti akan rasa cukup teruja dan gembira. Senyuman pasti tidak lekang di bibir tanda hati berbunga bahagia. Ada pelbagai kejutan yang boleh diberikan antaranya:

Kasut

Menyedari kecantikan seorang wanita turut dipengaruhi sepatu yang digayakan, apa kata anda hadiahkan sepasang kasut untuk pasangan anda. Anda boleh mengajaknya keluar makan bersama lantas membawanya ke butik kasut pilihannya. Pasti si dia tersenyum menerima pemberian kasut daripada anda.

Bunga

Wanita tidak dapat dipisahkan dengan bunga. Bukan sejambak, seberkas atau sebakul, tetapi dengan hanya sekuntum bunga sudah menggambarkan harapan dan impian bagi jalinan perhubungan yang berpanjangan. Jika tidak mahu memberikan secara bersemuka anda boleh meminta sesiapa menghantarkannya ke pejabat atau rumah. Layangkan juga sekeping kad dengan ucapan romantik.

Gajet

Pada zaman teknologi ini memberikan hadiah telefon pintar idaman si dia adalah kejutan paling bermakna. Tambah lagi apabila diberikan pada hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan. Pasti hubungan menjadi lebih bermakna dan kasih sayang semakin bercambah kerana anda sangat menghargainya.

Barang perhiasan

Wanita tidak dapat lari daripada perhiasan seperti cincin, kalung dan gelang berasaskan emas, berlian atau perak. Sedar atau tidak perhiasan yang dipakai wanita akan menjadi daya penarik dan pelengkap kecantikan mereka. Tetapi, pastikan perhiasan hanya diberi pada hari tertentu agar ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Beg tangan atau dompet

Siapa yang tidak gembira apabila menerima beg tangan atau dompet sebaik bangun tidur. Hadiah beg tangan dengan jenama dan warna kesukaan sudah pasti membuatkan si dia begitu menghargai dan membawanya ke mana saja. Paling manis apabila dia menceritakan pemberian beg tangan daripada suami kepada rakan-rakannya.

Kotak muzik

Walaupun ia dianggap ‘hadiah klasik’ namun masih ramai wanita menghargai pemberian kotak muzik kerana ia sangat bernilai dan mempunyai sentuhan sentimental. Variasi pelbagai jenis muzik daripada perlahan sehingga rancak menjadi pengikat kasih sayang anda berdua. Pasti banyak kenangan mengusik jiwa muncul semula.

Pakaian

Pakaian antara hadiah kejutan yang boleh membuatkan si dia berasa bahagia. Pasangan akan merasakan yang anda begitu mengambil berat mengenai dirinya sehinggakan tahu ukuran gaun atau jubah yang dipakai. Anda boleh memberikan hadiah dan terus mempelawanya menghadiri acara makan malam bersama.

Walau apapun hadiah kejutan yang diberikan kepada pasangan, sama ada mahal atau murah, seharusnya anda bersyukur dan berterima kasih buat pemberi. Harga adalah perkara kedua. Kita tidak tahu betapa sukarnya pasangan mendapatkan hadiah itu semata-mata menggembirakan hari anda. Jadi hargailah pemberiannya dengan sepenuh jiwa.

Sempena bulan Mei ini kami ingin memberikan sesuatu yang cukup istimewa buat insan yang bergelar wanita dan juga pendidik sempena Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal diraikan tidak lama lagi. Sah bermula 1 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017. Jangan lepaskan peluang ini!

 

COLOR BLAST DALAM RANCANGAN WANITA HARI INI (WHI)

Buat anda semua yang ketinggalan untuk menyaksikan Rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran pada 14 April 2017 yang lalu, anda boleh play dan share juga pada yang lain okey.. Enjoyyy!