[5 Alasan Kenapa Perlu Shopping Raya] : Dah nama pun Hari Raya, mestilah kena shopping!

Kalau dah nama pun raya, sudah menjadi lumrah rakyat Malaysia untuk berbelanja sakan menjelang Hari Raya. Bermula daripada baju, ke perabot, sehinggalah ke kereta, kalau boleh semua benda nak tukar baru. Barulah Raya! Malah, musim perayaan juga merupakan masa yang terbaik untuk shopping atau membeli-belah. Color Blast senaraikan 5 alasan kenapa anda perlu shopping raya.

  1. Masa untuk dapat benda baru!

Mungkin kalau bukan sebab Raya, kita tak akan terfikir pun untuk shopping atau untuk tukar barangan lama kepada yang baru. Jujurnya, waktu lain tampak seperti tidak sesuai untuk lakukan semua perkara ini kerana tidak ada tujuannya. Masa Raya ni lah nak beli baju baru, beli kereta baru supaya boleh balik kampung dengan lebih style, bawa keluarga jalan-jalan sekitar kampung dengan kereta baru, dan banyak lagi, semuanya serba baru!

2. Tak rasa bersalah untuk shopping sebab semua orang pun shopping jugak!

Pergilah mana-mana supermarket, mana-mana shopping mall sekali pun, mesti penuh dengan lautan manusia, terutamanya pada waktu malam. Sebab dah alang-alang berbuka puasa, terus pergi shopping dan beli apa yang patut untuk persiapan Raya. Walaupun penuh dengan manusia, orang ramai tak pernah kisah untuk shopping walaupun perlu bersesak dan beratur panjang.

3. Promosi di mana-mana. Lagi dekat nak Raya lagi murah!

Bila ada promosi, nak beli barang pun tak mahal berbanding kalau bukan musim Raya. Kalau boleh, sehari sebelum Raya pun masih nak shopping sebab ada saja promosi yang gempak. Jenama Color Blast Closet pun tak lepaskan peluang buat promosi besar-besaran. Kali ini, anda boleh miliki sepasang baju Color Blast  serendah RM25! Promosi dari  Color Blast ni memang terbaik. Jadi, anda kena datang ke butik Color Blast sebab ada banyak design mengancam dan meletop kat sini. Kalau lambat confirm melepas!

4. Banyak pilihan

Masa Raya inilah semua peniaga berpusu-pusu keluarkan produk terbaru dan terbaik mereka untuk orang ramai beli. Kalau sebelum ini pilihan sedikit dan terhad, masa Raya semuanya akan jadi banyak. Stok pun sampai bersusun-susun dalam kedai. Jadi, tak ada masalah untuk orang shopping dan beli barang kegemaran mereka menjelang Hari Raya. Mesti ada punya.

5. Boleh beli hadiah untuk orang tersayang

Daripada beli barang untuk diri sendiri, apa salahnya kalau beli sesuatu yang bermakna dan hadiahkan kepada orang tersayang sama ada suami, isteri, mak ayah, anak-anak, dan sanak saudara. Pastinya, Hari Raya akan jadi lebih bermakna buat mereka. Kan lebih sweet!

So, macam mana nak dapatkan harga Jualan Gudang ni? Anda semua kena datanglah ke Butik Color Blast Closet okey.

D-3A-G & D-3A-1, Jalan Serai Wangi H 16/H,
Alam Avenue 1, Seksyen 16,
40200 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Atau boleh shopping-shopping di website kami:

https://colorblast.my/

2 thoughts on “[5 Alasan Kenapa Perlu Shopping Raya] : Dah nama pun Hari Raya, mestilah kena shopping!”

    1. sis boleh register diwebsite kami. setiap pembelian sis yang ke RM1000 (dikumpul secara point) sis akan layak mendapat kupon yang akan dihantar melalui emel sis.

Leave a Reply to SITTI RUBIA HAMAD ALI Cancel reply

Your email address will not be published.